Sunday, January 31, 2010

Sauna @ Home

Rawatan sauna atau mandi wap panas merupakan gabungan kaedah rawatan tradisional dan moden.Rawatan ini berkesan untuk menurunkan berat badan dan memelihara kesihatan anda secara semulajadi.Wap panas dihasilkan melalui periuk pemanas atau pemanas infrared .Biasanya wap yang dihasilkan mengandungi campuran herba dan bahan-bahan aromaterapi.

Proses bersauna sebagai pemangkin bagi menggerakkan anggota dalaman badan dan melancarkan peredaran darah serta merangsang proses pengeluaran peluh menyebabkan setiap anggota badan kita bersenam secara selamat sambil istirehat.Tenaga diperlukan untuk menjalankan proses pengeluaran peluh dan peredaran darah, maka setiap kali badan kita mengeluarkan tenaga ia akan membakar kalori pada tubuh.Semasa bersauna kalori akan membakar 700 – 1000kj setiap sesi.Bersauna merupakan cara mudah,selamat dan berkesan untuk membakar lemak dan menurunkan berat badan. Untuk melihat kesan yang lebih mujarab,anda perlu bersauna sehingga sesi yang ke 6 – 12 kali dan 15 – 20 minit setiap sesi.Kesan yang baik juga bergantung kepada disiplin pemakanan anda seharian.

Penurunan berat badan bukan kerana wap panas tetapi kerana proses pengeluaran peluh dan peredaran darah semasa bersauna. Oleh sebab itu selepas bersauna anda akan rasa jantung bergerak pantas dan berasa seperti baru lepas bersenam dan anda akan berasa
lebih segar,tenang dan ringan.Bersauna bukan sahaja mengeluarkan peluh tetapi ia mengeluarkan toksik-toksik dan garam-garam buangan yang tidak diperlukan serta lain-lain kotoran dalaman yang terhasil daripada makanan yang jika berada lama dalam badan boleh menyebabkan pelbagai penyakit senyap seperti, kanser,darah tinggi,kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.Semasa sesi bersauna dianjurkan meminum banyak air sebelum dan selepas sesi bagi memudahkan pengeluaran toksik-toksik di dalam tubuh.

Sauna atau apapun jenis program pelangsingan, memerlukan komitmen dan usaha yang konsisten daripada setiap pengguna. Ia memerlukan perhatian dan kerjasama daripada setiap pengguna agar patuh pada peraturan tatacara dan selalu berusaha menjauhi segala jenis makanan yang mampu mengundang lemak-lemak yang berlebihan di badan. Untuk melihat keberkesanan sauna ini, setiap pengguna dinasihatkan untuk:-

1) Bersauna tiga (3) kali seminggu dan diselang-selikan hari bersauna - Ini penting bagi mengelakkan pengguna sauna mengalami masalah kekurangan air di dalam badan dan sekaligus menimbulkan gejala dehadrasi dalam badan seperti masalah bibir kering dan terlalu dahaga.

2) Meminum air sekurang-kurangnya lapan (8) gelas sehari - Ia selaras dengan syor para doktor agar kita sentiasa memperbanyakkan minum air dan sekaligus menggalakkan pengeluaran toksin di dalam badan.

3) Meminum air sebelum dan selepas bersauna - Penting bagi setiap pengguna untuk meminum air sebelum dan selepas sauna agar badan kita tetap berasa segar dan bertenaga serta membuatkan badan kita lebih bersedia untuk mengeluarkan peluh dalam kadar yang banyak. Peluh yang dikeluarkan sebenarnya amat baik dari sudut kesihatan kerana ia menyingkan lemak dan membuang toksin di dalam badan.

4) Mandi selepas peluh kering - Digalakkan kepada semua pengguna agar mengeringkan badan seketika sehingga peluh di badan benar-benar kering dan ini mampu mengelakkan masalah kulit seperti panau dll.

Insyaallah, setiap amalan yang istiqamah dan berterusan, niat yang ikhlas dan disertai dengan mengamalkan tips-tips di atas, anda akan mampu melihat hasil yang menakjubkan pada tubuh anda hanya dalam masa beberapa bulan. Selamat berjaya!! Kalau nak tahu lebih lanjut lagi mengenai perbezaan jangan teragak - agak lagi untuk menggunakan SAUNA @ HOME mudah saja lihat  mana mana produk SAUNA @ HOME yang anda berkenan, wang x jadi masalah andai anda berpuas hati dengan apa yang kami tawarkan kepada anda yang dapat menjadikan anda lebih sihat dan bertenaga. Ingat muda hanya sekali.. hargailah setiap apa yang ada pada diri anda.





No comments:

Post a Comment

Hanyalah UntukMu

Selamat Datang ke CeriteraWanitaKini.blogspot.com Di harap anda mendapat manfaat dari posting di sini.