Sunday, January 31, 2010

Rawatan Facial



Wanita perlu menjaga kesihatan kulit muka agar sentiasa nampak muda jelita.Bagi wanita yang mengutamakan kecantikan, tentu mahu memelihara seri wajah agar nampak sentiasa muda, menawan dan ceria. Ada banyak element yang boleh memudaratkan kesihatan kulit seperti pancaran matahari, asap, habuk dan rutin seharian yang secara tidak langsung menjejaskan kesihatan kulit tanpa kita sedari. Ini menyebabkan kulit muka menjadi gelap, berbintik dan mula berkedut. Rawatan facial menawarkan peluang mendapatkan khidmat juru kecantikan bagi memperbaiki tahap kesihatan kulit muka dengan lebih teliti dan berkesan, berbeza dengan cara yang biasa kita lakukan di rumah .Kaedah dan bahan yang digunakan menjamin keberkesanan rawatan ini. Selain itu facial juga menawarkan teknik rawatan yang selesa, urutan muka dan mampu menenangkan minda anda..

Bilakah kali terakhir anda membuat rawatan facial?

Facial adalah rawatan kulit untuk muka, umumnya dilakukan oleh juru kecantikan(Aestheticians) yang bertauliah. Ia bertujuan merawat,memulihkan dan mengekalkan kualiti kulit.Rawatan facial termasuklah analisa kulit, diikuti siri-siri pembersihan seperti pengelupasan(exfoliation), urutan muka, rawatan stim,rawatan menggunakan Facial Machine dan krim atau bahan pencerah kulit.

Facial bukan sahaja berfaedah untuk kulit muka, bahkan banyak lagi faedah kesihatan lain. Bahan-bahan yang digunakan dalam rawatan facial mampu menyerap jauh ke dalam kulit, menanggalkan kotoran melekat dan jeragat, mengandungi vitamin sebagai anti kedutan dan melambatkan penuaan, mencerahkan warna kulit, anti oksida, memperbaharui sel-sel kulit yang mati dan merawat kulit yang bermasalah. Facial juga melibatkan urutan muka bagi melancarkan aliran darah dan membantu menenangkan otot di bahagian muka dan kepala.


okey lah, setakat dulu info untuk facial ni kan. lain kali saya akan sertakan bagaimana pulah hendak membuat facial disamping petua petua yang berguna untuk kita plak, x perlulah nak ke salon salonmahal, memadailah  hanya wat kat rumah aje, kos pon tak tinggi sangat cuma perbelanjaan barang dapur mungkin agak terlebih kot sbb guna barang barang nak masak.. jangan sampai suami merungut barang dapur asyik habis aje sudahlah. hanya kene rajin buat aje, baru nampak cantik dan berseri sampai jumpe lagi.. 
wasalam






CeriteraWanitaKini: Sauna @ Home

CeriteraWanitaKini: Sauna @ Home

Anda boleh mendapatkan banyak lagi indo berkenaan  sauna @ home ini di laman blog CERITERAWANITAKINI , anda adalah apa yang anda impikan dengan usaha dan bertawakal kepada Allah , Anda mampu untuk mengubah diri anda dan kehidupan anda sendiri. oleh itu, sesamalah kita dalam apa jua bidang yang anda ceburi dapat mempraktikkan serba sedikit sebanyak info di blog ini sekian terima kasih.

Kalori untuk Buah Buahan

Ramai antara kita bila berdiet mesti nak gantikan makanan dengan buah-buahan. Tahukah anda bahawa ada sesetengah buah-buahan itu tinggi kandungan kalorinya. Di sini saya listkan senarai buah-buahan serta kandungan kalori dan karbohidrat yang terdapat di dalam buah-buahan.

  • Rojak buah  (250g)– kalori 414, carb 51g
  • Buah citrus (120g)-kalori 51.63, carb 11.61g
  • Kacang botol (200g)-kalori787.3, carb 76g
  • Kcang soya (170g) –kalori 279.88,carb 17g
  • Almond mentah (1 cup,50g) – kalori 308.3,carb 10.6g
  • Red chili pepper (1/4 cup,50g)-kalori 19.86,carb 3.7g
  • Prune (1bj,8.4g)-kalori 20,carb 5.4g
  • Lemon (1bj,50g)-kalori 32,carb 12g
  • Limau nipis (1bj) –kalori 16,carb 7g\
  • Kismis (40g)-kalori 100,carb 26g
  • Black current –1/4cup,50g)-kalori 26.2,carb 7g
  • Red current(1/2,100g)-kalori 45.12,carb 9.7g
  • Buah nona (1bj) –kalori 134,carb 0g
  • Blueberry (1cup)-kalori 72,carb 21g
  • Rasberry (10bj) –kalori 6.1,carb 2.3g
  • Kedondong (1bj)-kalori 68, carb 22g
  • Gajus (1/4cup,50g)-kalori 203.8,carb 11.2g
  • Buah pala(1sudu)-kalori 32.14,carb 3.5g
  • Ciku (1bj)-kalori 145.1,carb 34g
  • Honeydew(1/2cup)-kalori 36.5,carb 9.2g
  • Strawbery (8bj)-kalori 36,carb 11g
  • Langsat (10bj)-kalori 28,carb 7g
  • Dragon fruit(1bj)-kalori 53.5,carb 9g
  • Buah delima (1bj) –kalori 112.24,carb 26.44g
  • Tembikai (1cup)-kalori 44,carb 11g
  • Nangka (4bj)-kalori 92.7,carb 0g
  • Blackbery (1cup)-kalori 37.3,carb 13.8g
  • Nenas (1bj)-kalori 229,carb 60g
  • Tomato (1bj)-kalori 19.2,carb 5g
  • Betik (1bj)-kalori 135.7,carb 37.3g
  • Jambu(1bj)-kalori 30.5,carb 10.7g
  • Belimbing (1bj)-kalori 32,carb 10g
  • Grape (30bj)-kalori 108.6,carb 27g
  • Longan (20bj)-kalori 64.94,carb 15.8g
  • Durian (1pc)- kalori 59.8,carb 13g
  • Rambutan(1bj)-kalori 8,carb 1.9g
  • Laici (8bj)-kalori 65.28,carb 16.53g
  • Manggis (1bj)-kalori 49.8, carb 15.6g
  • Mangga (1bj)-kalori 112.76,carb 28.1g
  • Kurma (4bj)-kalori 112,carb 31g
  • Oren (1bj)-kalori 41.25,carb 11.54g
  • Kiwi(1bj)-kalori 46.5,carb 12g
  • Plum (1bj)-kalori 30.2,carb 7.5g
  • Apricot (1bj)-kalori 15.98,carb 3.98g
  • Ceri(1bj)-kalori 2.4,carb 0.7g
  • Pear(1bj)-kalori 97,carb 25g
  • Peach(1bj)-kalori 64.46,carb 16.22g
  • Pisang(1bj)kalori 112,carb 30g
  • Sukun (1cup)-kalori 211.7g,carb 0.1g
  • Apple (1bj)-kalori 120,carb 34g
  • Avocado(1/5bj)-kalori 52.5,carb 3g

Sauna @ Home

Rawatan sauna atau mandi wap panas merupakan gabungan kaedah rawatan tradisional dan moden.Rawatan ini berkesan untuk menurunkan berat badan dan memelihara kesihatan anda secara semulajadi.Wap panas dihasilkan melalui periuk pemanas atau pemanas infrared .Biasanya wap yang dihasilkan mengandungi campuran herba dan bahan-bahan aromaterapi.

Proses bersauna sebagai pemangkin bagi menggerakkan anggota dalaman badan dan melancarkan peredaran darah serta merangsang proses pengeluaran peluh menyebabkan setiap anggota badan kita bersenam secara selamat sambil istirehat.Tenaga diperlukan untuk menjalankan proses pengeluaran peluh dan peredaran darah, maka setiap kali badan kita mengeluarkan tenaga ia akan membakar kalori pada tubuh.Semasa bersauna kalori akan membakar 700 – 1000kj setiap sesi.Bersauna merupakan cara mudah,selamat dan berkesan untuk membakar lemak dan menurunkan berat badan. Untuk melihat kesan yang lebih mujarab,anda perlu bersauna sehingga sesi yang ke 6 – 12 kali dan 15 – 20 minit setiap sesi.Kesan yang baik juga bergantung kepada disiplin pemakanan anda seharian.

Penurunan berat badan bukan kerana wap panas tetapi kerana proses pengeluaran peluh dan peredaran darah semasa bersauna. Oleh sebab itu selepas bersauna anda akan rasa jantung bergerak pantas dan berasa seperti baru lepas bersenam dan anda akan berasa
lebih segar,tenang dan ringan.Bersauna bukan sahaja mengeluarkan peluh tetapi ia mengeluarkan toksik-toksik dan garam-garam buangan yang tidak diperlukan serta lain-lain kotoran dalaman yang terhasil daripada makanan yang jika berada lama dalam badan boleh menyebabkan pelbagai penyakit senyap seperti, kanser,darah tinggi,kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.Semasa sesi bersauna dianjurkan meminum banyak air sebelum dan selepas sesi bagi memudahkan pengeluaran toksik-toksik di dalam tubuh.

Sauna atau apapun jenis program pelangsingan, memerlukan komitmen dan usaha yang konsisten daripada setiap pengguna. Ia memerlukan perhatian dan kerjasama daripada setiap pengguna agar patuh pada peraturan tatacara dan selalu berusaha menjauhi segala jenis makanan yang mampu mengundang lemak-lemak yang berlebihan di badan. Untuk melihat keberkesanan sauna ini, setiap pengguna dinasihatkan untuk:-

1) Bersauna tiga (3) kali seminggu dan diselang-selikan hari bersauna - Ini penting bagi mengelakkan pengguna sauna mengalami masalah kekurangan air di dalam badan dan sekaligus menimbulkan gejala dehadrasi dalam badan seperti masalah bibir kering dan terlalu dahaga.

2) Meminum air sekurang-kurangnya lapan (8) gelas sehari - Ia selaras dengan syor para doktor agar kita sentiasa memperbanyakkan minum air dan sekaligus menggalakkan pengeluaran toksin di dalam badan.

3) Meminum air sebelum dan selepas bersauna - Penting bagi setiap pengguna untuk meminum air sebelum dan selepas sauna agar badan kita tetap berasa segar dan bertenaga serta membuatkan badan kita lebih bersedia untuk mengeluarkan peluh dalam kadar yang banyak. Peluh yang dikeluarkan sebenarnya amat baik dari sudut kesihatan kerana ia menyingkan lemak dan membuang toksin di dalam badan.

4) Mandi selepas peluh kering - Digalakkan kepada semua pengguna agar mengeringkan badan seketika sehingga peluh di badan benar-benar kering dan ini mampu mengelakkan masalah kulit seperti panau dll.

Insyaallah, setiap amalan yang istiqamah dan berterusan, niat yang ikhlas dan disertai dengan mengamalkan tips-tips di atas, anda akan mampu melihat hasil yang menakjubkan pada tubuh anda hanya dalam masa beberapa bulan. Selamat berjaya!! Kalau nak tahu lebih lanjut lagi mengenai perbezaan jangan teragak - agak lagi untuk menggunakan SAUNA @ HOME mudah saja lihat  mana mana produk SAUNA @ HOME yang anda berkenan, wang x jadi masalah andai anda berpuas hati dengan apa yang kami tawarkan kepada anda yang dapat menjadikan anda lebih sihat dan bertenaga. Ingat muda hanya sekali.. hargailah setiap apa yang ada pada diri anda.





Saturday, January 30, 2010

Welcome To CeRiTeraWaNiTaKini

Welcome to All the blogger, internet visitors, and everybody. 

Officially launching a blog that are consist of the ladies  
and gentlemen need and want to fulfill their dreams to be
a PERFECT as much. Here all the information and a products
 will share together just in a STOP CENTER.

It still an empty blog  with the products and the 
information but i will make sure it will be up to
date time by time. I hope that i will get a response
from the other that will support me from behind
and also a critics to build up my strength.

Till we meet again... luv u 'ol..
Thanks @ lots....





Hanyalah UntukMu

Selamat Datang ke CeriteraWanitaKini.blogspot.com Di harap anda mendapat manfaat dari posting di sini.